Tuesday, January 6, 2009

Palestin

pichies yg buat aku sentap. Israel zalim. kejam.

PETIKAN DARI AKHBAR

Menjelang tahun baru Islam, umat Islam berduka. Rezim Zionis Israel; Sabtu (27/12) melakukan serangan besar-besaran ke Jalur Gaza. Rezim penjajah itu mengerahkan pesawat-pesawat tempur jenis F-16 dan helikopter-helikopter Apache-nya dan membantai warga Gaza yang sudah tak berdaya setelah selama setahun lebih diblokade oleh Israel.

Serangan tentera Israel yang dilancarkan dari udara, laut dan darat dan memusnahkan rumah, masjid serta terowong di bandar ini. Serangan membabi-buta itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak dan enam orang dewasa terkorban.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, pihaknya akan terus melancarkan serangan sehingga mencapai matlamat untuk "menyaksikan keamanan dan kemakmuran" di wilayah selatan negaranya. Beliau merujuk kepada kawasan selatan Israel yang kerap menjadi sasaran bedilan roket pejuang Hamas. Sementara itu, seorang pegawai kesihatan di Gaza, Dr. Moaiya Hassanain berkata, jumlah kematian kini mencecah 524 orang manakala lebih 2,500 lagi cedera sejak serangan itu dilancarkan pada 27 Disember lalu.

sumber: utusan.com.my
iluvislam.com

0 comments:

© Fleeting Memories - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart